COMING EVENTS

Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit Pertama 26 Feb - 3 Mac 2014 Alor Setar, Kedah

Skuad memanah lelaki duduki ranking kelima dunia


KEJAYAAN meraih beberapa kejuaraan sepanjang tahun lalu, membolehkan skuad memanah lelaki negara berada pada kedudukan ranking kelima dunia, naik dua tangga daripada sebelum ini.

Malaysia kini berada di belakang Korea Selatan, Taiwan, Itali dan India selepas mengumpul 249,000 mata keseluruhan berbanding Korea yang mengumpul 337,000 mata, Taiwan (294,750 mata), Itali (287,000 mata) dan India (254,000 mata).

Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Hamid Hassan, berkata mata keseluruhan diperoleh menerusi kejayaan pemanah Olimpik, Cheng Chu Sian, Wan Mohd Kalmizan Wan Abd Aziz, Muhamad Marbawi Sulaiman dan Nazrin Aizad Mat Nasir meletakkan diri masing-masing dalam kelompok 120 pemanah terbaik dunia.

Berdasar kepada ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Memanah Antarabangsa (FITA), Cheng Chu Sian kekal berada sebagai pemanah nombor satu negara dengan berada pada kedudukan ke-19, Wan Kalmizan (29), Nazrin Aizad (95) dan Muhamad Marbawi (101).

"Kedudukan tempat kelima mampu dipertingkatkan sekiranya setiap pemanah mengekalkan keupayaan masing-masing dalam kejohanan yang akan datang," katanya.

Selain itu, katanya, kedudukan sekarang lebih baik jika prestasi Marbawi yang dianggap pemanah nombor dua negara berada pada kemuncaknya di Sukan Olimpik Beijing tahun lalu.

Bagaimanapun, Marbawi gagal mengiringi Chu Sian ke suku akhir kejohanan itu.

Sementara itu, Malaysia akan menghantar 12 pemanah pada kejohanan pertama Grand Prix Asia di Bangkok pada 19 hingga 23 Februari ini.

Hamid berkata, Malaysia akan menghantar enam pemanah lelaki dan wanita dalam acara recurved dan compound.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...